Sungai Ozama
Sungai Ozama

Sungai Ozama

Sungai Ozama (Bahasa Sepanyol: Rio Ozama) ialah sebuah sungai di Republik Dominika. Sungai ini mengalir dari Gunung Loma Siete Cabezas di Pergunungan Sierra de Yamasá berdekatan bandar raya Villa Altagracia. Sungai ini kemudian mengalir sejauh 148 km hingga akhirnya bermuara di Laut Caribbean. Di kawasan muara, sungai ini membelah ibu kota Republik Dominika, Santo Domingo, menjadi sisi barat dan timur. Terdapat tiga anak sungai Ozama, iaitu Sungai Isabela, Sungai Sabita, dan Sungai Yabacao.Pada 1498, Bartolome Colon memerintahkan pembangunan sebuah kubu di delta Sungai Ozama, yang kemudian menjadi pemukiman tetap Eropah pertama di Benua Amerika, iaitu Santo Domingo. Muara Sungai Ozama ketika itu "dipenuhi ikan dan merupakan tempat orang Indian bertanam singkong dan ubi," menurut sejarawan Troy Floyd.[1]Sungai Ozama kini tercemar akibat pencemaran di pinggiran sungai dan kilang yang membuang sisanya ke sungai ini. Ini menjadi salah satu penyebab utama pencemaran di pesisir Santo Domingo.[2]